Pekerja Kedai Serbaneka Disamun Lelaki Berpistol di Taman Wahyu

Artikel ini telah dibaca 93Kali!

Pekerja kedai serbaneka disamun lelaki bersenjata di Taman Wahyu, Kuala Lumpur
29 Julai 2026 | 12:05 PM
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja warga Bangladesh berdepan detik cemas apabila disamun seorang lelaki bersenjata dipercayai pistol dalam kejadian di sebuah kedai serbaneka di Jalan Sibu, Taman Wahyu di sini awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada pengurus operasi premis berusia 44 tahun pada pukul 10.01 pagi.
Menurut beliau, pengadu dimaklumkan oleh pekerjanya bahawa kejadian berlaku kira-kira pukul 5.45 pagi ketika mangsa sedang bertugas di premis berkenaan.
 
View on Threads
“Siasatan awal mendapati suspek yang dipercayai lelaki tempatan memakai baju sejuk dan seluar berwarna kelabu, topi keledar hitam jenis MS serta beg silang hitam memasuki premis itu.
“Suspek mengambil beberapa barangan makanan daripada rak jualan sebelum menuju ke kaunter pembayaran dan mengarahkan mangsa membuka laci mesin juruwang yang menyimpan wang hasil jualan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, suspek kemudian mengugut mangsa dengan menunjukkan sepucuk pistol sebelum melarikan wang tunai serta beberapa barangan menggunakan sebuah motosikal bernombor pendaftaran WC357T yang diparkir di hadapan premis.
“Anggaran kerugian yang dialami adalah kira-kira RM1,052,” katanya.
Menurut Basri, polis telah melancarkan operasi khas bagi mengesan dan memberkas suspek dengan kes disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Iskandar Zulkarnain di talian 011-33234095 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2222 bagi membantu siasatan.
Detik mencemaskan itu turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan dan telah tular di media sosial. Rakaman menunjukkan suspek memasuki kedai, mengambil barangan dan kemudian mengacukan pistol ke arah pekerja sebelum melarikan diri.
Polis menggesa orang ramai agar sentiasa berwaspada dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan kejiranan masing-masing.
Sumber: Laporan polis IPD Sentul | 29 Julai 2026
Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

Susu Khas Diben Drink 📢 [UNTUK DIJUAL] Susu Khas Diben Drink 200ml (2 Pek / 8 Botol) • Formula Pemakanan Lengkap & Kawalan Gula Darah (Sesuai Pesakit Diabetes) • Stok Baru & Belum Buka • Beli via WhatsApp

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.