Tiada Lagi Runner Bebas: JPJ Wajibkan ID Digital Mulai 2027
Artikel ini telah dibaca 70Kali!

Lepas Ni Runner JPJ Tak Boleh Suka-Suka! Wajib Daftar, Ada ID Digital Baru Laku!
Diterbitkan: 12 Oktober 2026 • 9:30 Malam • Arau, Perlis
Jangan terlepas kupasan artikel menarik, berita viral, dan maklumat penting harian terus ke WhatsApp anda.
Follow Saluran Sekarang →Kalau anda biasa upah runner untuk setelkan roadtax, tukar nama kereta atau lesen – lepas ni hati-hati! Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) umum TIADA LAGI RUNNER BEBAS mulai tahun depan.
📌 APA KATA KETUA PENGARAH JPJ?
Datuk Aedy Fadly Ramli sahkan, bermula 1 JANUARI 2027, hanya individu atau syarikat yang berdaftar sebagai Perantara Berdaftar dan lulus tapisan JPJ sahaja dibenarkan berurusan di kaunter bagi pihak pelanggan. Semua pejabat JPJ seluruh negara akan kuatkuasakan!
3 Perkara WAJIB Tahu Jadi Runner Sah
- 1. DAFTAR ONLINE BERMULA 1 NOV 2026
Pendaftaran percuma dibuka melalui platform khas JPJ. Jangan tertipu dengan link palsu! - 2. DAPAT ID DIGITAL 2 TAHUN
Yang lulus akan dapat pengenalan digital rasmi dengan nombor siri. Sah laku 2 tahun, wajib tunjuk di kaunter. - 3. JPJ TAK JAMIN & TAK TANGGUNG
Lulus daftar bukan bermakna JPJ rakan niaga anda. Jika kena tipu, caj lebih atau rugi – itu urusan anda dengan runner. JPJ tidak bertanggungjawab!
💡 TIP ZON2U: Nak jimat? Guna MyJPJ App terus! Renew roadtax & lesen 5 minit siap. Tak perlu runner pun. Kalau tetap nak guna runner, pastikan lepas Januari 2027 dia ada ID sah.
Sumber: Kenyataan Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.
