Artikel ini telah dibaca 1549Kali!
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesan empat kawah air di dasar laut sepanjang Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.

Kawah air dengan kedalaman kira-kira 3.05 meter dan dipenuhi dengan sampah itu, berbahaya kepada pengunjung jika dihanyut ke kawasan berkenaan.
Kewujudan empat kawah air di Pantai Batu Burok itu dikesan oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) ketika melakukan selaman dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di lokasi itu pada Ahad 19/2/2024 dan Isnin 20/2/2024.
Kawah air terbentuk kira-kira 50 meter daripada pesisir pantai.
Sehubungan dengan itu pengunjung tidak digalakkan untuk mandi di sepanjang Pantai Batu Burok yang berisiko itu.
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.