Artikel ini telah dibaca 4776Kali!
Sambutan Raya Aidilfitri 2024 bakal menjelang beberapa hari lagi. Berlaku peningkatan ketara jumlah kenderaan menuju destinasi Utara, Selatan,Timur dan Barat.

Berdasarkan rekod beberapa tahun, didapati perantau dari Kelantan dikenal pasti gemar membuang sampah disepanjang Jalan Lingkaran Tengah CSR yang menghubungkan Bentong ke Gua Senario melontar sampah dibahu jalan seolah-olah melontar di jamrah.
Sampah seperti plastik, polisterin dan botol dan tin air minuman paling banyak dibuang pengguna jalan raya di LTU.


Sasaran perantau Kelantan membuang sampah ialah di Jamratul Bentong, Jamratul Raub, Jamratul Padang Tengku Lipis dan Jamratul Merapoh sebelum memasuki Gua Musang Kelantan.
Anihnya mereka tidak membuang sampah di dalam negeri Kelantan.



Kenaikan cukai dan lonjakan harga barangan makanan khususnya kedai makanan dilihat tidak merencatkan kepulangan perantau ke kampung halaman.

Semoga seluruh warga Malaysia dapat berhari raya dengan gemilang bersama keluarga.
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.