Zon2u | Minda Padu Celaru Berlalu

Info Segar, Minda Pintar

Zon2u | Minda Padu Celaru Berlalu

Info Segar, Minda Pintar

Susu Khas Diabetes Diben Drink 📢 [Percuma] Susu Khas Diabetes Diben Drink 200ml (2 Pek / 8 Botol) • Formula Pemakanan Lengkap & Kawalan Gula Darah (Sesuai Pesakit Diabetes) • Stok Baru & Belum Buka • Mesej WhatsApp
Info

Sudah habis bayar pinjaman kereta dan motosikal??

Artikel ini telah dibaca 2766Kali!



Cuba lihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda. Perhatikan  satu ayat yang tertera bahawa hak milik kenderaan tersebut dituntut oleh Bank pinjaman anda??



Soalan:
Apa yang perlu anda lakukan sekarang??

Jawapan:
Anda perlu batalkan tuntutan Bank  pinjaman itu dengan kaedah E-Batal.

Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut secara perundangan bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.

Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik penuh kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status tuntutan dari Bank memberi pinjaman.

Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah  PINJAMAN HENDAKLAH Dilunaskan SEPENUHNYA.

Cara-caranya:

1) Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan.

2) Dapatkan surat pelepasan dari Bank peminjam untuk meneruskan prosedur pembatalan tuntutan bank di JPJ.

3)  Anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk  membatalkan tuntutan Bank peminjam itu.

4) Di cawangan JPJ tersebut juga, geran anda akan  tertera cop E-Batal. 

Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

Baca Juga  Longgokan menunggu Ujian Memandu ditahap kritikal

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.