Polis Menjejaki Pemilik Instagram berkenaan simbah asid Faisal Halim

Ketua Polis Negara

Artikel ini telah dibaca 4326Kali!

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial dikenali sebagai Muhammad Imran Suresh susulan kenyataannya berhubung insiden serangan asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.

Susu Khas Diben Drink
📢 [UNTUK DIJUAL] Susu Khas Diben Drink 200ml (2 Pek / 8 Botol) • Formula Pemakanan Lengkap & Kawalan Gula Darah (Sesuai Pesakit Diabetes) • Stok Baru & Belum Buka • Beli via WhatsApp

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu berkenaan mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kejadian membabitkan Faisal.“Justeru, kita mahu menjejakinya untuk melihat apakah maklumat yang dimilikinya yang boleh membantu siasatan.

Tan Sri Razarudin Husain Ketua Polis Negara

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan perlu tampil kepada polis, bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya pada Rabu.

Tambah Razarudin, siasatan masih diteruskan dari pelbagai sudut berhubung suspek yang ditahan dan direman.

Justeru, orang ramai diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi palsu yang boleh menghalang siasatan.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

Baca Juga  Menang kerana awak pandai bijak bukan dengan melumpuhkan lawan dengan simbah asid - Tun M