Artikel ini telah dibaca 2414Kali!
KOTA BHARU, 14 Mei 2024 — Masalah kesihatan mental rakyat Kelantan yang dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya akan menimbulkan pelbagai permasalahan termasuk kemurungan serius, kata Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Raja Perempuan Zainab II Dr Fariza Yahya.

Beliau berkata kesihatan mental yang serius boleh menyebabkan individu mengalami kemurungan dan pemikiran turut menjadi keliru sehingga ada yang hilang kewarasan diri.
Beliau berkata, kesihatan mental yang serius boleh menyebabkan individu mengalami skizofrenia dan pemikiran turut menjadi keliru sehingga ada yang hilang kewarasan diri.
“Individu yang mengalami kemurungan selama dua minggu atau lebih akan menyebabkan mereka kurang selera makan, tidur terganggu, hilang rasa seronok terhadap perkara yang mereka suka dan akhirnya merasakan diri tidak berguna,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Justeru, Dr Fariza berkata keluarga seharusnya peka dengan sebarang perubahan yang berlaku dan membawa mereka segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.– Bernama
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.