China muncul pengeluar pertama teksi terbang di dunia

Artikel ini telah dibaca 8240Kali!

Pentadbiran Penerbangan Awam China telah menganugerahkan Sijil Kelayakan sistem pesawat tanpa pemandu (Drone) kepada EHang, Sebuah syarikat pengeluar Teksi Terbang di China.

Susu Khas Diben Drink
📢 [UNTUK DIJUAL] Susu Khas Diben Drink 200ml (2 Pek / 8 Botol) • Formula Pemakanan Lengkap & Kawalan Gula Darah (Sesuai Pesakit Diabetes) • Stok Baru & Belum Buka • Beli via WhatsApp

Sistem pesawat tanpa pemandu EH216-S, menjadikannya eVTOL (pesawat berlepas dan mendarat menegak elektrik) teksi terbang pertama di dunia.

Pesawat elektrik dua tempat duduk itu telah melalui ujian yang ketat termasuk kekuatan strukturnya, kelayakan kemalangan dan simulasi perisian, antara lain.

“Kami berharap untuk menjadi yang pertama di dunia, dalam jangka pendek, untuk melancarkan operasi komersial eVTOL autopilot,” kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif EHang, Hu Huazhi kepada AFP.

Pesawat tanpa pemandu ini mempunyai ciri berlepas dan mendarat menegak yang dipacu oleh 16 motor elektrik dengan satu kipas dipasang pada setiap motor. Hebatnya, ia boleh menempuh jarak kira-kira 22 batu, atau 35 km dengan sekali cas. Ia boleh terbang pada kelajuan 62 mph atau 100. Kelajuan maksimumnya ialah 81 mph atau 130. Ketinggian maksimum 10,000 kaki atau 3000 meter. Tempoh mengecas semula sepenuhnya bateri mengambil masa kira-kira 2 jam. Had berat penumpang ialah 220kg.

EHang , telah mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh permit penerbangan operasi untuk AAV gred penumpang dua tempat duduknya, EHang 216, daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Norway (CAA Norway).

Sementara itu, di AS, terdapat kekangan untuk pesawat tanpa pemandu. Kerajaan menganggap kenderaan itu sebagai risiko keselamatan kepada orang ramai itu.

Iklan dan Penafian
Baca Juga  Arab Saudi uji teksi terbang, dron musim haji 2024

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.