Rakyat Mexico Pilih Presiden Wanita Keturunan Yahudi

FILE PHOTO: Claudia Sheinbaum, presidential candidate of the ruling MORENA party, addresses her supporters after winning the election, in Mexico City, Mexico June 3, 2024. REUTERS/Raquel Cunha/File Photo

Artikel ini telah dibaca 2144Kali!

Rakyat Mexico telah memilih presiden wanita pertamanya dalam sejarah 200 tahun negara itu, Claudia Sheinbaum. Sheinbaum, yang berhaluan kiri dan ahli parti Morena, juga seorang saintis iklim dan yang terbaru, Datuk Bandar Mexico City.

Susu Khas Diben Drink
📢 [UNTUK DIJUAL] Susu Khas Diben Drink 200ml (2 Pek / 8 Botol) • Formula Pemakanan Lengkap & Kawalan Gula Darah (Sesuai Pesakit Diabetes) • Stok Baru & Belum Buka • Beli via WhatsApp
Claudia Sheinbaum, calon presiden parti pemerintah MORENA, berucap kepada penyokongnya selepas memenangi pilihan raya, di Mexico City, Mexico 3 Jun 2024.

Claudia Sheinbaum memperoleh Ph.D. dalam bidang kejuruteraan tenaga dari Universiti Autonomi Kebangsaan Mexico.

Sheinbaum akan menggantikan Presiden semasa Andrés Manuel López Obrador yang bakal tamat tempoh penggal 6 tahunnya bermula pada 1 Oktober 2024.

Sebagai seorang ahli fizik, Sheinbaum berada di panel saintis iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2007 yang menerima Hadiah Keamanan Nobel.

Dalam satu lagi sejarah yang pertama, Sheinbaum akan menjadi ahli politik pertama dengan latar belakang Yahudi untuk memimpin negara yang sangat beragama Katolik itu. Datuk dan neneknya berhijrah ke Mexico dari Bulgaria dan Lithuania.

Sheinbaum memenangi pilihan raya , dengan hampir 60% undi. Lawannya, Xóchitl Gálvez, menerima jumlah undian kedua tertinggi sekitar 28%.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

Baca Juga  Kenapa Yahudi Suka Makan Ikan?