Zon2u | Minda Padu Celaru Berlalu

Info Segar, Minda Pintar

Zon2u | Minda Padu Celaru Berlalu

Info Segar, Minda Pintar

Susu Khas Diabetes Diben Drink 📢 [Percuma] Susu Khas Diabetes Diben Drink 200ml (2 Pek / 8 Botol) • Formula Pemakanan Lengkap & Kawalan Gula Darah (Sesuai Pesakit Diabetes) • Stok Baru & Belum Buka • Mesej WhatsApp
Polis Imigresen KPDNKK JPJ JAS

Beg tangan dipercayai milik Nur Farah dijumpai di Sungai Trolak

Artikel ini telah dibaca 3983Kali!

KUALA LUMPUR: 18 Julai 2024

Beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah ditemui ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan perkembangan itu. “Ya. Beg wanita dipercayai kepunyaan mangsa,” katanya.

Media semalam melaporkan operasi pencarian baki bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah, 25, diteruskan di sebuah lagi lokasi kira-kira 20 minit dari Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor.

Hussein berkata operasi berkenaan bertujuan mencari bahan bukti dipercayai barangan peribadi milik mangsa.

Pada hari yang sama, beliau turut mengesahkan pihaknya menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dibuang di dalam parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.