Artikel ini telah dibaca 12879Kali!

IPOH: Berita Harian melaporkan mayat Kanak-kanak Orang Asli yang ditemukan mati di kawasan berpaya perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, di sini selepas dilaporkan hilang sejak semalaman, disyaki mati akibat dibunuh, selain dipercayai turut dirogol.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata susulan itu kes yang pada mulanya diklasifikasikan mati mengejut (SDR), diklasifikasi semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kerana membunuh.
Katanya, ia susulan keputusan hasil bedah siasat yang selesai dijalankan jam 4 petang tadi ke atas mayat mangsa yang mendapati terdapat kecederaan akibat tekanan di bahagian leher serta kesan koyakan di kemaluan mangsa.
“Susulan itu seorang lelaki berusia 27 tahun yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa ditahan polis sekitar jam 5.30 petang tadi bagi membantu siasatan,” katanya..
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.
Pembunuhan kejam semakin menjadi2. Apakah undang2 sedia ada tidak berkesan langsung?
Comments are closed.