Skip to content

DBKL Buka Laman Kucing

Artikel ini telah dibaca 3386Kali!

Pada Ogos 13, 2024, YBrs Tuan Ismadi Bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL telah Merasmikan Laman Kucing DBKL Bertempat Di Jalan Budiman, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Idea Penubuhan Laman Kucing Ini Telah Dicetuskan Oleh Yb Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Dan YBhg. Datuk Seri PMGR Sr Hj. Kamarulzaman Bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Objektif utama Laman Kucing DBKL Ini ditubuhkan adalah Untuk menyediakan tempat perlindungan buat kucing gelandangan dan pada masa yang sama mewujudkan masyarakat yang prihatin terhadap kebajikan haiwan kesayangan Serta usaha menangani isu haiwan terbiar.

Laman Kucing DBKL ini juga merupakan platform bagi memperkasakan program adopsi kucing di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program Adopsi Ini Akan Dijalankan Dengan Kerjasama Dbkl bersama pihak Ngo Yang sering menjalankan program Adopsi Di Kompleks Membeli Belah.

Hadir Bersama Dalam Majlis Tersebut Adalah YBhg. Datuk Azman Bin Abidin, Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri.

Diharap langkah seterusnya membuka penempatan untuk anjing gelandangan pula.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.