Bayaran STR Fasa 3: Bila Duit Masuk?

Artikel ini telah dibaca 779Kali!

Teka teki mengenai tarikh bayaran STR fasa 3 akhirnya terjawab apabila Kementerian Kewangan pada 22 Jun telah mengeluarkan siaran media mengenai pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 3.

Susu Khas Diben Drink
πŸ“’ [UNTUK DIJUAL] Susu Khas Diben Drink 200ml (2 Pek / 8 Botol) β€’ Formula Pemakanan Lengkap & Kawalan Gula Darah (Sesuai Pesakit Diabetes) β€’ Stok Baru & Belum Buka β€’ Beli via WhatsApp



Mengikut jadual asal bayaran fasa 3 STR adalah pada bulan Julai 2023.

Namun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil inisiatif mengawalkan bayaran sebelum Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada 29 Jun 2023.

“Langkah Ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat,” kata YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Bila Sebenarnya Tarikh Bayaran STR Fasa 3?

Secara rasminya tarikh bayaran STR Fasa 3 bermula pada hari Isnin 26 Jun 2023.

Bayaran ini akan dibuat secara berperingkat mengikut bank masing-masing.

Bagi mereka yang mempunyai akaun bank, tarikh pembayaran adalah mulai 26 Jun hingga 5 Julai 2023 yang akan dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.

Manakala bagi yang tiada akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Jun 2023 (Isnin).

Iklan dan Penafian

πŸ“’ Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟒 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

Baca Juga  STR Sumbangan Tunai Rahmah 2024 Fasa 2