Skip to content

Harga durian Musang King keluaran Vietnam menjunam 50%-70%

Artikel ini telah dibaca 1253Kali!

Durian Musang King Vietnam menyaksikan harga menjunam separuh di Vietnam dalam tempoh lebih dua bulan berikutan lambakan bekalan.


Durian Musang King dijual di Bandar Can Tho. Foto oleh VnExpress/Manh Khuong


Pasar Daerah 8 Ho Chi Minh City menjual sekilogram durian Musang King pada harga VND650,000 (RM 127.00 sekilogram), turun separuh daripada awal Mac.

Ini adalah harga terendah varieti kegemaran ramai itu yang dilihatnya dalam tempoh lima tahun.

“Terdapat banyak bekalan dari kawasan selatan. Dua tahun lalu saya terpaksa memesan seminggu lebih awal, tetapi kini saya boleh mendapatkannya setiap hari.”


Di media sosial penjual menawarkan “harga rendah yang tidak pernah berlaku sebelum ini” pada VND700,000 sekilogram.

Di selatan, petani menjual durian Musang King mereka pada harga sekitar VND130,000( RM25)-150,000(RM29.00) sekilogram iaitu penurunan 40% dari kebiasaan.


Dang Manh Khuong, seorang peniaga di bandar yang sama, berkata lambakan bekalan menyebabkan harga durian turun 50-70% dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Antara penyumbang lambakan durian ialah pengurangan tempahan dari China.

Musang King Malaysia dianggap sebagai “durian terbaik di dunia” dan ditanam oleh petani Vietnam di kawasan Tanah Tinggi Tengah Vietnam dan Delta Mekong.

Pemerhati pasaran menganggarkan bahawa pengeluaran Musang King di Vietnam telah melonjak sehingga lima kali ganda dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan:

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

Baca Juga  2 Pemuda Seksa Beruk Ditahan, Berhadapan Hukuman RM100,000 [Video]

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.