This post has already been read 469 times!
Penemuan bahan anti kanser dalam buah nangka menjadi fokus merawat dan menguatkan imuniti badan dari penyakit berkenaan.
Bahan anti-kanser berkenaan termasuk Lignans, Isoflavon, Saponin, Flavonoid dan Karotenoid.
Bahan ini bersifat anti-radang dan antioksidan, dengan itu menghalang kerosakan akibat radikal bebas, pembentukan dan percambahan sel-sel kanser dalam badan.
Ia berguna untuk mencegah pelbagai jenis kanser seperti paru-paru, payudara, gastrik, serviks, melanoma, tulang, hati, kanser kolorektal dan prostat.
Nangka juga kaya dengan serat tidak larut yang boleh membantu melancarkan pembuangan air besar dan seterusnya membersihkan usus untuk mengelakkan risiko kanser kolon.
Serat melindungi membran mukus kolon dan melawan ulser perut.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.