Pemandu aksi ngeri Malaysia bersama Proton Saga berjaya melakar nama dalam Buku Rekod Malaysia

Artikel ini telah dibaca 586Kali!

Aksi profesional ‘pemanduan kereta 2 roda paling jauh’ Faidzal Alang dan Proton Saga diiktiraf Buku Rekod Malaysia.

Susu Khas Diben Drink
📢 [UNTUK DIJUAL] Susu Khas Diben Drink 200ml (2 Pek / 8 Botol) • Formula Pemakanan Lengkap & Kawalan Gula Darah (Sesuai Pesakit Diabetes) • Stok Baru & Belum Buka • Beli via WhatsApp

Era Proton Saga Knight dan Waja pernah menggunakan khidmat pemandu dari British iaitu Russ Swift untuk mendemonstrasikan aksi-aksi ngeri pemanduan 2 roda.

Pelancaran Proton Knight 1989




Dan ketika berlangsungnya Karnival MSF-Proton Merdeka Race di Litar Antarabangsa Sepang Ogos tahun lalu, pemandu profesional Faidzal Alang berjaya membuktikan kemampuan setaraf dengan melakukan aksi yang digelar “Ski Driving Stunt” dengan jarak 2.9 km di atas litar berkenaan.

Rekod berkenaan kini sudah pun diiktiraf oleh Buku Rekod Malaysia, dan pengiktirafan disempurnakan semasa berlangsungnya Karnival Ulangtahun ke-38 Proton Saga di Pusat Kecermelangan Proton (CoE) pada 9 Julai 2023.


Sekalung tahniah kepada Faidzal Alang dan Proton untuk Rekod Nasional berjaya melakar nama dalam Buku Rekod Malaysia.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

Baca Juga  Proton Saga Mini Karnival sempena sambutan ulang tahun ke-38