SarkCyber Motosikal EV bakal memasuki pasaran Malaysia September 2023

Hantar dan Sebar

Artikel ini telah dibaca 585Kali!

Superlux Auto Sdn Bhd bakal memperkenalkan 3 model motosikal EV SarkCyber Innovation dari China pada September 2023.




Superlux akan memasang tiga model skuter elektrik iaitu HC10 yang akan ditawarkan pada harga bawah RM40,000; HC200 (bawah RM10,000); dan eB1 (bawah RM5,000).

Bagi HC10, skuter terbabit hadir dengan spesifikasi seperti kelajuan 125 kilometer sejam (km/j), kuasa maksimum 18,000 watt, tork puncak 350Nm, jarak perjalanan 180 kilometer (km).

Bagi HC200 pula tampil dengan spesifikasi seperti jarak perjalanan 73 km, kelajuan maksimum 70 km/j; kuasa maksimum 4,500 watt, tork puncak 135Nm.

Model eB1 pula direka untuk perjalanan dekat yang lebih ekonomi dengan kuasa maksimum 800 watt; tork (120Nm); jarak perjalanan 50km; dan kelajuan 50km/j.

SarkCyber dengan bateri mudah tanggal sesuai untuk pengecasan dirumah. Tempoh pengecasan penuh hanya 3 jam sahaja.


Hantar dan Sebar
Iklan dan Penafian

Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.

Sertai Sekarang!

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.

Baca Juga  Lelaki Rentung Akibat Renjatan Voltan Tinggi Semasa Menangkap Burung
Scroll to Top