Skip to content

10 juta rakyat Malaysia B40 dan M40 layak e-tunai RM100

Artikel ini telah dibaca 843Kali!

Kejayaan Program e-Tunai Belia Rahmah yang diberikan kepada 2 juta belia berusia 18-20 tahun dan pelajar institusi pengajian tinggi sepenuh masa, telah mendorong kerajaan melaksanakan inisiatif e-tunai RM100.00 kepada golongan berpendapatan tahunan RM100,000 kebawah.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara ini merangkumi golongan B40 dan M40.

Ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini berusia 21 tahun ke atas, yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Ia dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia.

Tarikh pemberian dan cara pelaksanannya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

Baca Juga  Sumbangan Tunai Rahmah FASA 4