JPJ eBid: Plat BRP dan JWL bakal dibuka bidaan

Hantar dan Sebar

Artikel ini telah dibaca 505Kali!

Peminat plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu tentu tertunggu-tunggu dua pilihan plat yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid. Siri nombor pendaftaran terkini Selangor, BRP, bakal dibuka bidaan mulai 2 Ogos ini dan ia berlangsung selama lima hari iaitu sehingga jam 10 malam pada 6 Ogos.

Pemenang akan diumumkan pada 7 Ogos 2023. Bidaan nombor pendaftaran dari Johor pula, JWL, akan dibuka pada 3 Ogos. Ia berlangsung selama lima hari dan akan berakhir jam 10 malam pada 7 Ogos.

Keputusan rasmi pemenang akan diumumkan pada 8 Ogos 2023 ini.

Anda boleh lakukan sendiri bidaan ini secara terus melalui sistem JPJ ebid.


Hantar dan Sebar
Iklan dan Penafian

Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.

Sertai Sekarang!

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.

Baca Juga  Masih Berpeluk tubuh: Kes Lori rempuh Pengguna Jalan raya Meningkat
Scroll to Top