Artikel ini telah dibaca 705Kali!
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan bahawa Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi atau Petaling Jaya berhadapan Fraser Business Park dan Bulatan Loke Yew akan ditutup selama setahun mulai 5 Ogos 2023.
Penutupan jalan terbabit dilaksanakan bagi kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan baru di Bulatan Loke Yew.
DBKL turut memaklumkan jalan susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew ditutup kepada semua lalu lintas pada tempoh sama.
Ia bagi membolehkan kerja merobohkan jambatan susur dan kerja-kerja pembinaan semula jambatan di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu).



📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.