Artikel ini telah dibaca 674Kali!
Bekas jaguh skuasy negara, Kenneth Low mendedahkan bahawa beliau terpaksa melakukan dua pekerjaan dalam satu masa untuk kelangsungan hidup selepas bersara.
Sebagai Ahli Sukan yang banyak menyumbang tenaga kepada negara sewajarnya beliau tidak diabaikan sebegini rupa.

Beliau yang menderita akibat kesan dari serangan strok berkata, dirinya bekerja sebagai tukang cuci dan pelayan di dua tempat berbeza untuk menyara dirinya yang sakit. “Saya kerja untuk kelangsungan hidup jadi terpaksa bekerja sebagai tukang cuci dan pelayan di dua tempat.
Nasib baik saya berjumpa dengan coach Jef (Best Archery Centre Glo Damansara) yang memberikan saya pekerjaan di pusat itu dan juga tempat tinggal,”katanya
Kenneth berterima kasih kepada Jef dan juga pihak lain seperti Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang telah memberi bantuan kepada dirinya sejak kisahnya tular.
Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa Majlis Sukan Negara (MSN) patut memberikan pertolongan sewajarnya kepada atlet selepas bersara. Jelasnya, MSN mungkin boleh membantu atlet dari segi kewangan dan memberi kursus persediaan alam persaraan.
“Saya bukan nak merungut tetapi bagi saya MSN boleh beri bantuan sewajarnya kepada atlet-atlet di luar sana yang sudah bersara.
Ada atlet yang sukar untuk jalani kehidupan seharian selepas mereka bersara kerana karier atlet tidak panjang.” Beliau bersyukur ada ramai rakan-rakan atlet yang turut memberi sumbangan kepada dirinya untuk perbelanjaan perubatannya.
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.