Apa itu RO Water dan air mineral

Spread the love

This post has already been read 477 times!

Istilah RO atau air bertapis yang menjadi bahan promosi jualan peniaga alat penapis air.

Amat penting memahami maksud sebenar RO water tidak dikelirukan oleh peniaga.

Air RO atau WaterRO dihasilkan melalui proses menggunakan penapis. Apabila air biasa masuk ke dalam penapis  membran separa telap  yang membolehkan beberapa zarah terpilih melaluinya. Hasilnya bahan seperti arsenik, klorin akan  disekat di penapis.

Kaedah ini dikenali proses osmosis menyongsang. Air yang dihasilkan dipanggil air  Osmosis Menyongsang atau  Reverse Osmosis.

Air Mineral pula merujuk kepada proses menambah bahan mineral dalam air yang telah dibersihkan melalui proses osmosis. Proses osmosis juga menapis bahan mineral.

Maka penting untuk memperkayakan semula air berkenaan dengan bahan mineral.

Caranya mengalirkan air hasil osmosis kedalam sistem batu batu mineral. Dengan cara ini air osmosis diperkayakan semula dengan bahan mineral berguna.


Spread the love
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Author: bicaraminda