Skip to content

Skim perubatan percuma MADANI

Artikel ini telah dibaca 632Kali!

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tanggungan boleh mendapatkan rawatan secara PERCUMA di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi demam, selesema, cirit-birit, muntah, terseliuh, sakit kepala dan trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.

Melalui kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’, Kerajaan bercadang untuk memperluaskan Skim Perubatan MADANI di semua negeri yang mempunyai kepadatan tinggi.



Ingin ketahui lebih lanjut tentang Skim Perubatan MADANI, syarat kelayakan dan cara memohon, layari belanjawan.mof.gov.my/manfaat/faq/skim-madani.html

Untuk maklumat lanjut mengenai Ekonomi MADANI, layari malaysiamadani.gov.my

#MalaysiaMADANI #EkonomiMADANI

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

Baca Juga  Program tukar topi keledar Madani percuma