Kicap kelapa pilihan terbaik untuk menjaga kesihatan metabolik

Spread the love

This post has already been read 841 times!

Baru tahu kelapa boleh dibuat kicap organik sedap. Kicap kelapa dianggap sebagai alternatif yang lebih sihat berbanding kicap tradisional kacang soya kerana ia biasanya mengandungi gula semulajadi dalam kelapa tanpa bahan tambahan merbahaya.

Kicap industri biasa selalunya mengandungi jumlah gula halus dan bahan perasa tambahan yang tinggi untuk tujuan perisa dan pengawetan. Ini tidak baik untuk badan manusia.

Kicap kelapa pula diperbuat daripada amino kelapa atau nira kelapa, yang secara semula jadi manis dan tidak memerlukan gula pasir yang merbahaya.

Kicap industri mengandungi gula tinggi

Ia juga tidak mengandungi bahan tiruan atau pengawet.

Selain itu, kicap kelapa selalunya lebih rendah kandungan natrium berbanding kicap biasa.

Pengambilan natrium yang berlebihan adalah kebimbangan bagi ramai individu, jadi memilih alternatif rendah natrium boleh memberi manfaat untuk mengekalkan diet yang sihat.


Spread the love
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Author: bicaraminda