Kisah pemilik rumah anak yatim hidup mewah

Spread the love

This post has already been read 928 times!

Hidup mewah hasil duit derma, rahsia ‘pemilik rumah anak yatim’ akhirnya terbongkar

Seorang individu tampil menceritakan satu kisah mengejutkan dilaman X.

Beliau yang mahu dikenali sebagai R merupakan bekas penghuni rumah anak yatim berkenaan.


Dakwa R, individu yang menguruskan rumah anak yatim tersebut hidup senang dengan wang bantuan yang diperolehi dari orang ramai.


“Aku pernah duduk rumah anak yatim. Pemilik main duit dengan bermodalkan anak yatim.


R menceritakan Pengerusi rumah

bukan senang, tiba-tiba lepas buka rumah anak yatim, auto kaya.
“Aku tahu cerita sebab owner dia masa mula-mula buka rumah anak yatim tu, dia minta tolong ayah aku letak kami adik-beradik kat rumah dia sebab nak cari budak susah. Kalau tak ada budak, tak ada bantuan,” dakwanya.


Tanpa mendedahkan lokasi secara tepat, pengadu turut mendakwa dia dan penghuni lain berdepan layanan kasar daripada pengelola rumah anak yatim itu termasuk sering dirotan di tapak kaki.
“Masa aku kecil-kecil dulu, aku selalu kena rotan atau pukul dengan warden kat rumah anak yatim tu. Apabila besar, aku rasa benda tu silap. Tu kena dera, bukan kena rotan biasa tau.
“Sekali rotan 20 hingga 30 kali, menangis kawan-kawan aku merayu suruh dia stop. Kami kena rotan kat tapak kaki. Lepas kena rotan tu, sakit nak jalan,” dakwa pengadu yang tidak mendedahkan identitinya.
Selain layanan teruk yang diterima, dia mendakwa warden rumah anak yatim itu juga pernah membuang makanan yang disedekahkan oleh pihak luar.
“Kami dapat banyak bantuan makanan. Nak sembang KFC atau McDonald’s kami dah muak. Ada orang tu pergi beli KFC bagi kami. Kami semua tak sentuh, lepas tu warden aku buang dalam tong sampah je.
“Orang tu datang balik, tengok KFC dia dalam tong sampah, marah-marah kat warden kami. Terus tak datang dah. Time dekat raya orang bawa kami shopping sampai baju raya tujuh helai. Baju sekolah pun banyak. Akhirnya mereka kutip dan jual balik,” ceritanya.
Tambah pengadu lagi, penghuni biasanya akan menerima bantuan berbentuk wang, namun ia akan dipegang oleh pengurusan rumah anak yatim berkenaan.
“Apabila kami pergi rumah terbuka atau event besar, kami selalu dapat duit tangan tau. Kadang-kadang paling sikit dapat RM10 atau RM20, paling banyak RM250 seorang.
“Warden aku cakap duit tu nanti apabila kami keluar rumah baru boleh dapat guna untuk nak sambung belajar ke apa. Tapi apabila keluar dapat RM200 je seorang.
“Aku rasa lebih kot (duit simpanan), RM30,000 macam tu sebab kami ada tulis berapa kami dapat,” dakwanya lagi.
Luahan pengadu itu hingga kini sudah dilihat lebih 360,o00 pengguna laman X selain menerima lebih 1,800 ulang kicau dan turut dihujani komen netizen yang bersimpati dengan nasibnya serta penghuni yang lain.
“Benda ni dah lama. Tu sebab kalau nak sedekah, aku cari yang betul susah. Tak pun aku dahulukan ahli keluarga sendiri.
“Gilalah orang macam ni, memang tak nampak dosa ke? Dah la makan duit anak yatim. Orang nak bersedekah pun jadi skeptikal.
“Legit. Ada kawan sendiri buka cerita dia masuk pusat tahfiz. Sama sebiji jalan cerita,” tulis netizen.
BACA: “Duit tinggal 5 ringgit je, saya suruh anak beli roti untuk sarapan, tak sangka mereka curi-curi beli coki-coki, mereka tak faham ke saya takde duit”


Spread the love
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Author: bicaraminda