300 pasangan Malaysia berkahwin di Selatan Thailand setiap bulan

Hantar dan Sebar

Artikel ini telah dibaca 1551Kali!

Purata 300 pasangan berkahwin di Thailand khususnya  di wilayah Narathiwat, Yala, Pattani, Songkhla dan Satun.

Pelbagai sebab pasangan ini bernikah di Selatan Thai termasuk poligami selain mendirikan rumah tangga dengan pasangan warga Thailand.

Kerana proses di negara berkenaan lebih mudah berbanding di Malaysia menyebabkan Thailand menjadi destinasi popular bagi rakyat Malaysia untuk berkahwin.

Sebahagian pasangan berkahwin du Thailand kerana tentangan dari keluarga.

Dinasihatkan pasangan yang bernikah di luar Malaysia supaya mendaftarkan pernikahan dengan pejabat agama di negeri masing-masing sebaik pulang ke tanahair. 

Pendaftaran pernikahan di Malaysia sangat penting bagi mengelakkan pelbagai masalah berkait pernikahan tersebut timbul di kemudian hari seperti  status anak tanpa negara, pewarisan harta dan masalah wali untuk bernikah apabila dewasa kelak.


Hantar dan Sebar
Iklan dan Penafian

Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.

Sertai Sekarang!

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.

Baca Juga  Salah Faham Meja Makan Bertukar Tragedi: Tembakan Mengorbankan Nyawa Pelanggan Lain
Scroll to Top