Skip to content

Jasa Ben Anjing Perang Berjuang melawan Komunis Malaya

Artikel ini telah dibaca 3452Kali!



Hayat Ben berakhir di medan pertempuran.

Kisah ini berlaku pada tahun 1974, sewaktu misi tentera
Malaysia memburu pengganas
komunis yang mana turut disertai seekor anjing perang
yang diberi nama Ben.

Anjing Perang berjuang untuk Malaysia


Seramai 30 anggota komando termasuk Ben telah diterbangkan
ke  sebuah lokasi hutan di Perak yang telah dikenalpasti sarang
komunis Malaya.

Sewaktu pasukankomando
Angkatan Tentera Malaysia tiba di lokasi dan melakukan
rondaan di kawasan sasaran, merekactelah dikejutkan dengan
kehadiran pengganas komunis
yang  melepaskan tembakan
bertalu-talu.


Dalam pertempuran itu Ben telah bertindak mengesan  dan berjaya mengenalpasti kedudukan musuh.

Namun, sewaktu Ben
berlari untuk memberitahu
kepada Komando Malaysia
lokasi kedudukan musuh , Ben terlebih dahulu ditembak oleh
komunis.

Kejadian itu mengakibatkan
Ben mengalami kecederaan
parah  di bahagian kaki namun Ben tetap terus merangkak perlahan-perlahan menuju
ke arah anggota Komando.

Sehinggalah Ben tiba ke pangkuan Komando. Ben sudah tidak bermaya  akibat kehilangan banyak darah kesan dari tembakan menggila pihak
musuh.


Akhirnya hayat Ben berakhir di
medan pertempuran di negeri Perak.


Demikianlah kisah tentang anjing perang bernama Ben yang  diabadikan pada sebuah tugu peringatan penghormatan khas untuk anjing perang di kem tentera cawangan Anjing Perang Ulu Tiram masih berdiri hingga sekarang.

Artikel Berkaitan:

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.