[Video] Insiden tembak Isteri diKLIA: Suspek adalah merbahaya – Shuhaily

Artikel ini telah dibaca 5709Kali!

Susu Khas Diben Drink
📢 [UNTUK DIJUAL] Susu Khas Diben Drink 200ml (2 Pek / 8 Botol) • Formula Pemakanan Lengkap & Kawalan Gula Darah (Sesuai Pesakit Diabetes) • Stok Baru & Belum Buka • Beli via WhatsApp

Polis sahkan suspek yang terlibat dalam insiden tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi Ahad 15 April 2024 didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

Shuhaily mempamerkan gambar suspek dan dikategorikan sebagai merbahaya

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mangsa sebelum ini pernah membuat dua laporan polis selepas menerima ugutan daripada suspek.

“Isteri suspek pernah buat dua laporan polis berkaitan kes ugutan masing-masing pada tahun 2016 dan 2013.

“Mengambil kira insiden yang terakhir itu membuatkan isteri suspek menggajikan pengawal peribadi.

“Suspek juga mempunyai satu lagi kes mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam jadi dia memang ada rekod jenayah,” katanya.

Suspek penembak yang melarikan diri dari tempat kejadian dikenali sebagai Hafizul Harawi, 38, — gambar Bernama

Beliau berkata demikian ketika sidang media di balai ketibaan Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus selepas kejadian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

Mengulas lanjut, suspek terdahulu bertindak melemparkan mercun yang turut mencederakan dua orang awam.

Suspek kemudian bertindak nekad melepaskan dua das tembakan pada jarak 3-4 meter terhadap isteri yang sedang menunggu ketibaan jamaah umrah.

Tembakan bagaimanapun mengenai salah seorang pengawal peribadi mangsa di bahagian perut yang ketika ini masih dalam keadaan kritikal.

Ujarnya lagi, suspek juga dipercayai tidak mempunyai permit yang sah berhubung pemilikan senjata api dan ia diperoleh secara haram.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 kerana cubaan membunuh serta Akta Senjata Api.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

Baca Juga  Tumbuk Warga Asing di KLIA: Kakitangan AeroDarat Digantung Tugas

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.