This post has already been read 1520 times!
3 cara nak jadi kaya daripada hartanah.
1. Hasil sewaan tetap bulan.
Contoh kita kena bayar pinjaman bank setiap bulan sebanyak RM1,500,
Kita cari penyewa dengan kadar sewaan RM2,500.
Maka setiap bulan kita akan dapat tambahan pendapatan RM1,000.
2. Lonjakan modal.
Contoh Hari ni kita beli rumah dengan harga RM300,000.
Selepas 5 tahun harga meningkat kepada RM400,000.
Jika kita jual rumah berkenaan maka akan ada keuntungan tambahan RM100,000 dalam masa 5 tahun. Atau RM20,000 setahun. Secara bulanan kita ada keuntungan sebanyak RM 1,666.00
3. Penyewa bayar pinjaman kita.
Teknik ini mengenakan sewa sekadar mencukupi untuk membayar pinjaman bank sahaja. Dengan kata lain bayaran bank bulanan diambil dari sewaan.
Selepas 30 tahun bayaran bank dilunaskan sepenuhnya. Nilai aset semasa mungkin sudah mencecah RM600,000.00
Kita sudah memiliki asset yang
bernilai RM600,000.00
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.