Hidup sepasang suami isteri dibawah payung bocor ditepi jalan selepas anak menghalau mereka dari rumah.
Jabatan kebajikan masyarakat JKM pula mengusir mereka untuk dihantar pulang ke Johor.
Doa tanpa jemu akhirnya makbul , mereka mendapat sebuah bilik tempat berteduh. Bilik sewa terletak berhampiran kompleks kota raya itu hasil usaha Yayasan Kebajikan Negara dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Zaleha dan Suami sangat berterima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan.
Setelah berbulan bulan menginap di tepi jalan, kini Zaleha dan Suami amat bersyukur kerana sudah ada tempat berehat, mandi dan solat.
Walaupun dia tidak lagi muda, dia percaya dia masih mempunyai apa yang diperlukan untuk memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk menyara dirinya dan suaminya, yang mengalami kemurungan.
Zaleha berazam untuk terus bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran berhampiran untuk menampung kehidupan seterusnya.
Dia tidak mahu terus menerus mengharapkan sumbangan semata-mata.
Dan JKM yang menjadi sasaran kritikan ramai berikutan berita tentang cara pegawainya mengusir Zaleha dan Suami itu, telah pun menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kejadian itu.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.