Skip to content

Anjing Pintar Membeli Makanan kegemaran guna daun

Artikel ini telah dibaca 1583Kali!

Kampus Institut Pendidikan Teknikal Monterrey Casanare di Colombia telah menjadi rumah kepada seekor anjing hitam manis bernama Negro.

Negro menggonggong sehelai daun yang dianggap duit untuk membeli sendiri biskut kegemaran

Negro bertindak sebagai penjaga, mengawasi kawasan kampus semasa pelajar meneruskan pengajian mereka.

Sebagai balasan, Negro dijaga oleh kakitangan kampus, yang menyediakan dengan makanan, air, perhatian dan tempat yang selamat untuk bermalam.

Negro sering memerhati pelajar pergi ke kedai menghulur wang kertas membelikan biskut untuk Negro.

Pelajar teruja melihat kepintaran Negro

Kemudian pada suatu hari, secara spontan, Negro muncul dengan daun di mulutnya, mengibaskan ekornya memberitahu bahawa dia mahukan biskut. Ramai tertarik melihat Negro telah mencipta mata wangnya sendiri.

Setiap hari Negro datang ke kedai Kampus bersama sehelai daun untuk membeli biskut kegemaran. Setelah “membayar” dengan daun, Negro akan kegembiraan dan berlalu bersama biskut yang dibelinya.

Sungguh luar biasa, anjing pintar itu telah melakukan ini selama bertahun-tahun. Kakitangan kampus telah memastikan dia hanya mendapat makanan yang selamat untuk dimakan.

Kali Tangan sentiasa mengambil berat penjagaan Negro
Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.