Artikel ini telah dibaca 2215Kali!
Berita Harian 12 Jun 2024, melaporkan Terengganu FC membatalkan perjanjian dengan syarikat pengurusan pelaburan, XFOX Market Holdings Sdn Bhd membabitkan penajaan bernilai RM1.5 juta dengan persetujuan tiada apa-apa tuntutan di antara kedua-dua pihak.
Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Mohd Sabri Abas, berkata keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama selepas mengambil kira penularan perjanjian penajaan itu sejak kelmarin.

Tular di Media Sosial kritikan bertali-arus mempersoalkan tindakan Terengganu FC mengadakan perjanjian penajaan dengan XFOX Market Holdings. Netizen mempersoalkan perjanjian persefahaman dengan sebuah syarikat yang tersenarai di pengkalan data Amaran Bank Negara Malaysia.
Ini jelas membuktikan XFOX Market Holdings ada masalah dari segi perundangan kewangan negara.

📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.