Suspek berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini di reman 7 hari

Hantar dan Sebar

Artikel ini telah dibaca 8286Kali!

KUALA KUBU BHARU, 16 Jul – Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini membenarkan seorang penjawat awam ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin depan di di sini, bagi membantu siasatan kes kematian Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

Suspek penjawat awam yang ditahan berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini, dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru bagi permohonan reman

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna oren tiba di mahkamah itu kira-kira pukul 8.55 pagi tadi.

Pada Isnin, media melaporkan misteri kehilangan seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu terungkai selepas mayatnya ditemukan di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu, di sini dipercayai dibunuh.

Difahamkan sebelum ini mangsa didapati hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan. Laporan polis kemudiannya dibuat atas kehilangan mangsa iaitu Nur Farah Kartini itu yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


Hantar dan Sebar
Iklan dan Penafian

Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.

Sertai Sekarang!

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.

Baca Juga  Sultan Pahang menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa pembunuhan Nur Farah Kartini
Scroll to Top