Skip to content

Pelajar tingkatan 5 hilang ditemui selepas hilang 8 hari

Artikel ini telah dibaca 4758Kali!

BENTONG: 23 Julai 2024 Seorang pelajar Tingkatan Lima, yang dilaporkan hilang di Lurah Bilut dekat sini pada 15 Julai lalu ditemui di Triang, Bera, kira-kira 110km dari Bentong hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata Nur Aina Faqihah Shahrizan, 17, ditemui oleh orang awam di stesen bas Triang pada 2.30 petang hari ini.

“Dia ditemui selamat dan telah dibawa ke balai polis berhampiran. Nur Aina Faqihaha akan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital berhampiran.

“Polis akan membawanya pulang ke Bentong sebelum merekodkan keterangannya dan menyerahkannya semula kepada keluarganya,” katanya hari ini.

Nur Aina Faqihah yang tinggal di Kampung Lama di Lurah Bilut kali terakhir dilihat oleh adiknya keluar rumah kira-kira jam 9.30 malam pada 15 Julai lalu dan gagal pulang ke rumah.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.