Nak jadi Majikan sewajarnya faham gaji wajib dibayar segera tanpa berlengah

Hantar dan Sebar

Artikel ini telah dibaca 3351Kali!

Masalah kewangan KLCIty khabarnya akan berakhir tidak lama lagi untuk Kuala Lumpur FC

Media melaporkan Ahli lembaga kelab Liga Super KLCity telah mengeluarkan kenyataan akhbar memaklumkan gaji pemain sedang dibayar secara berperingkat. Berita ini diharapkan dapat membantu mempertingkatkan semangat pemain dan jentera pasukan KLCity menghadapi siri perlawanan Liga-Super 2024.

Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata tunggakan gaji dan kelewatan pembayaran KWSP mulai Februari tahun lepas akan diselesaikan tidak lama lagi.

Untuk tahun 2025, jika hendak terus bertanding pastikan duitnya cukup. Atau hentikan sahaja kelab lebih baik dari menzalimi pemain dengan masalah gaji tertunggak berbulan bulan. Jika tiada wang buat cara tiada wang. Jangan acah-acah banyak wang.


Hantar dan Sebar
Iklan dan Penafian

Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.

Sertai Sekarang!

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.

Scroll to Top