Artikel ini telah dibaca 4029Kali!
Nasib baik Kereta api sempat membrek

Demi foto momen bahagia, sepasang pengantin sanggup merisikokan nyawa sehingga hampir dilanggar kereta api di Jambatan Kereta Api Guillemard di Tanah Merah, Kelantan.
Menerusi video tular yang dimuat naik @yahobravo di TikTok, pasangan tersebut berada di tengah jambatan sambil gambar dan momen mereka dirakam.
Bagaimanapun, kerana pergerakkan kedua-dua suami isteri tersebut yang agak perlahan, kereta api itu terpaksa memberhentikan jenteranya bagi mengelakkan kemalangan berlaku.
Kejadian berlaku di Jambatan Kereta Api Guillemard di mana lokasi tersebut menjadi lokasi tumpuan buat pengemar fotografi kerana keunikan rekaan jabatan berkenaan yang tersendiri.
Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.