‘Kerana dua anak kecil, isteri ditolak suami jatuh gaung nekad panjat bukit 9 jam’

Hantar dan Sebar

Artikel ini telah dibaca 7565Kali!

Ketua Operasi Ambulans Murtadha Dakwah Centra Madad, Muhammad Ridzuan Osman menghantar pulang mangsa balik ke kampung di Kelantan.

GERIK: Dua anak masih kecil menjadi sumber kekuatan buat seorang isteri yang ditolak suaminya ke dalam gaung di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, 27 Julai lalu berusaha merangkak naik menyelamatkan diri.

Perkara itu didedahkan Ketua Operasi Ambulans Murtadha Dakwah Centra Madad, Muhammad Ridzuan Osman, 36, yang diberi kepercayaan untuk menghantar mangsa pulang ke kampungnya di Kelantan selepas dibenarkan keluar dari Hospital Taiping, Taiping, hari ini.

Menurut Muhammad Rizuan yang mesra disapa ‘Dik Wan’, perkara itu diceritakan sendiri oleh mangsa berusia 32 tahun itu dengan menurutnya, mangsa mengalami kecederaan tulang belakang, patah pinggang, tulang pinggul retak, patah tangan serta kecederaan pada paru-paru.

“Disebabkan beliau ingatkan anak-anaknya yang masih kecil berusia lima bulan dan enam tahun, beliau berusaha juga untuk selamatkan diri. “Beliau ditolak jatuh ke gaung kira-kira jam 5 pagi 27 Julai dan pada jam 2 petang baru beliau dapat naik ke atas dan minta bantuan orang ramai.

“Kira-kira 9 jam beliau (mangsa) bertungkus-lumus untuk merangkak naik selepas ditolak ke dalam gaung sedalam lebih 10 meter oleh suaminya.

Mangsa menceritakan dia mengalami patah, pecah dan retak tulang belakang L1-L5 serta kecederaan lainnya,” katanya lagi.


Hantar dan Sebar
Iklan dan Penafian

Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.

Sertai Sekarang!

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.

Scroll to Top