Artikel ini telah dibaca 3619Kali!

KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Pesawat Malaysia Airlines MH128 dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Melbourne membuat perhentian kecemasan di Lapangan Terbang Alice Springs (ASP) di Wilayah Utara Australia hari ini.
Portal 9news melaporkan bahawa penerbangan itu, yang berlepas dari Melbourne sekitar 11.20 malam, membuat pendaratan cemas di ASP ekoran masalah enjin.
Malaysia Airlines mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan: “Malaysia Airlines mengesahkan bahawa penerbangan MH128 pada 19 Ogos 2024, dari Melbourne ke Kuala Lumpur, dilencongkan ke Lapangan Terbang Alice Springs (ASP) kerana isu teknikal. Pesawat itu selamat mendarat pada 4.35 pagi waktu tempatan.
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.