This post has already been read 7632 times!
BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak.
Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan.
Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara
Kami kongsikan tarikh bayaran bantuan tunai RM200 BUDI MADANI.
📣Bagi yang belum memohon, anda boleh semak kelayakan dan daftar hari ini! Permohonan dibuka sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup.Layari portal BUDI MADANI:🔗https://budimadani.gov.my/
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.