Polis siasat video tular lelaki didakwa curi beg tangan di ruang tamu rumah

Hantar dan Sebar

Artikel ini telah dibaca 3124Kali!

26 Ogos 2024, POLIS mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes kecurian di sebuah rumah dekat Taman Melati, Kuala Lumpur pada 9 malam, Jumaat 23 Ogos 2024 lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pengadu seorang wanita tempatan berusia 49 tahun yang bekerja sebagai pembantu jualan mendapati beg tangan miliknya yang diletakkan di ruang tamu telah hilang.

“Semakan kamera litar tertutup mendapati seorang lelaki berbangsa tidak pasti telah masuk ke dalam kediaman mangsa dengan keadaan yang mencurigakan,” katanya dalam satu kenyataan.Jelasnya, pengadu mengalami kerugian sebanyak RM5,500.Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.


Hantar dan Sebar
Iklan dan Penafian

Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.

Sertai Sekarang!

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.

Scroll to Top