Tumbuk Warga Asing di KLIA: Kakitangan AeroDarat Digantung Tugas
Artikel ini telah dibaca 562Kali!
KUALA LUMPUR 20 November 2024β Insiden kekasaran di kawasan ruang rehat NTL (not to land) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini telah mengakibatkan seorang kakitangan AeroDarat Services Sdn Bhd digantung tugas. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengesahkan bahawa individu terlibat telah dikenalpasti dan diambil tindakan segera tahan kerja.
Kakitangan berkenaanΒ didakwa menumbuk seorang warga asing yang tidak dibenarkan masuk ke negara ini oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). “Dia menyatakan ada provokasi daripada penumpang NTL yang menyebabkan tindakan fizikal diambil,” kata Loke dalam sidang media di parlimen.
Loke menegaskan bahawa tindakan kakitangan itu tidak boleh dipertahankan, walaupun ada penumpang yang tidak sopan. “Kakitangan itu telah digantung tugas dan diberikan surat tunjuk sebab sementara menunggu siasatan menyeluruh,” tambahnya.
π’ Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.


