Tumbuk Warga Asing di KLIA: Kakitangan AeroDarat Digantung Tugas

Artikel ini telah dibaca 605Kali!

KUALA LUMPUR 20 November 2024– Insiden kekasaran di kawasan ruang rehat NTL (not to land) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini telah mengakibatkan seorang kakitangan AeroDarat Services Sdn Bhd digantung tugas. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengesahkan bahawa individu terlibat telah dikenalpasti dan diambil tindakan segera tahan kerja.

Susu Khas Diben Drink 📢 [UNTUK DIJUAL] Susu Khas Diben Drink 200ml (2 Pek / 8 Botol) • Formula Pemakanan Lengkap & Kawalan Gula Darah (Sesuai Pesakit Diabetes) • Stok Baru & Belum Buka • Beli via WhatsApp

Kakitangan berkenaan  didakwa menumbuk seorang warga asing yang tidak dibenarkan masuk ke negara ini oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). “Dia menyatakan ada provokasi daripada penumpang NTL yang menyebabkan tindakan fizikal diambil,” kata Loke dalam sidang media di parlimen.

Loke menegaskan bahawa tindakan kakitangan itu tidak boleh dipertahankan, walaupun ada penumpang yang tidak sopan. “Kakitangan itu telah digantung tugas dan diberikan surat tunjuk sebab sementara menunggu siasatan menyeluruh,” tambahnya.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

Baca Juga  5 Sekolah Paling Mahal di Malaysia