Lima Pegawai Kadet UPNM Diberhentikan Dan bayar gantirugi

Artikel ini telah dibaca 636Kali!

KUALA LUMPUR, Rabu, 27 November 2024 • Kementerian Pertahanan hari ini mengumumkan pemberhentian dan tindakan bayar gantirugi keatas lima pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akibat penglibatan mereka dalam tiga kes penganiayaan.

Susu Khas Diben Drink 📢 [UNTUK DIJUAL] Susu Khas Diben Drink 200ml (2 Pek / 8 Botol) • Formula Pemakanan Lengkap & Kawalan Gula Darah (Sesuai Pesakit Diabetes) • Stok Baru & Belum Buka • Beli via WhatsApp

Senarai Pegawai Kadet dan Jumlah Ganti Rugi

  • Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan • RM44,600.20
  • Izzat Izuddin Mohammad Arif • RM48,452.75
  • Muhammad Hidayat Haqimi Mohd Yuslan • RM19,481.70
  • Ku Muhammad Irfan Ku Zaimi • RM44,600.20
  • Ammar Hafiy Muhammad Habib • RM32,115.95

Kes-kes penganiayaan yang dilaporkan melibatkan pelbagai bentuk salah laku, termasuk tekapan seterika ke dada seorang pegawai kadet, pengenaan hukuman pembetulan yang menyalahi peraturan, dan tindakan fizikal yang mendatangkan kecederaan.

Mohamed Khaled menegaskan bahawa kementerian tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penganiayaan dalam institusi ketenteraan. “Kementerian Pertahanan komited untuk menangani dengan tegas dan keras sebarang tindakan yang bertentangan dengan etika dan peraturan yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Beliau juga menambah bahawa tindakan ini tidak menghalang tindakan lanjut yang mungkin diambil oleh pihak UPNM atau Jabatan Peguam Negara. Kementerian berharap keputusan ini akan menjadi pengajaran dan dapat memulihkan serta memperkasa nilai-nilai ketenteraan yang sepatutnya diamalkan.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

Baca Juga  Polis Tahan Lelaki Ganggu Penyu Bertelur di Cherating

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.