Artikel ini telah dibaca 536Kali!

Pada 7 Februari 2024, Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan kenyataan penting mengenai hak pekerja sebelum dan selepas Hari Kelepasan Am Tahun Baru Cina. Majikan kini dilarang memaksa pekerja mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji.
Aduan diterima bahawa sesetengah majikan memaksa pekerja mengambil cuti disebabkan penutupan operasi perniagaan. Walau bagaimanapun, pekerja berhak menentukan bila cuti mereka hendak dipohon. Majikan tidak boleh menggunakan cuti ini untuk tujuan mengurangkan kos perniagaan.
Pekerja yang mendapati kelayakan cuti tahunan mereka ditolak atau gaji dipotong boleh melaporkan kepada Pejabat Tenaga Kerja terdekat. Ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 69 Akta Kerja 1955 [Akta 265].
Kementerian menegaskan kepentingan mematuhi undang-undang ini dan menyeru majikan agar menghormati hak pekerja.
Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.