Pekerja Puspakom Johor Bahru Dilempang Pemandu Lori: Tindakan Tegas Perlu Diambil

Hantar dan Sebar

Artikel ini telah dibaca 793Kali!

Johor Bahru, 16 Januari 2025 – Sebuah rakaman CCTV yang tersebar menunjukkan kejadian mengejutkan di pusat pemeriksaan Puspakom Johor Bahru. Dalam rakaman tersebut, seorang lelaki dilihat mendekati seorang pekerja Puspakom untuk berbincang sesuatu. Tanpa diduga, lelaki berkenaan bertindak melempang pekerja tersebut sebelum meninggalkan lokasi.

Motif serangan itu berikutan lori berkenaan telah gagal pemeriksaan Puspakom. namun tindakan sedemikian jelas tidak boleh dibiarkan. Kejadian ini mencetuskan kebimbangan tentang keselamatan kakitangan Puspakom yang bertugas.

Keselamatan pekerja di Puspakom perlu diutamakan. Masyarakat diingatkan untuk menghormati peranan pekerja dan mengatasi sebarang ketidakpuasan hati melalui saluran rasmi.

Pihak berkuasa diharap dapat menyiasat kes ini secara menyeluruh dan memastikan keadilan ditegakkan. Nantikan kemas kini seterusnya untuk maklumat lanjut.


Hantar dan Sebar
Iklan dan Penafian

Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.

Sertai Sekarang!

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.

Baca Juga  Curi RXZ Milik Warga Singapura, Tiga Lelaki Diberkas
Scroll to Top