Skip to content

Diskaun Tol 50% Sempena Tahun Baru Cina 2025

Artikel ini telah dibaca 360Kali!

Tahun Baru Cina 2025 bakal disambut meriah, dan sebagai salah satu langkah penyambutan, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50% untuk semua kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol utama di seluruh negara.

Bilakah Potongan Tol Ini Dikuatkuasakan?

Potongan tol ini akan berkuat kuasa bermula pada 12.01 tengah malam, 27 Januari 2025 (Isnin) dan berakhir pada 11.59 malam, 28 Januari 2025 (Selasa). Pastikan anda merancang perjalanan anda untuk memanfaatkan tawaran hebat ini sepanjang tempoh tersebut!

Kadar Tol Kenderaan Persendirian Kelas 1

Potongan tol sebanyak 50% ini hanya terpakai untuk kenderaan persendirian Kelas 1. Malangnya, ia tidak melibatkan plaza tol sempadan negara seperti di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Pampasan Kerajaan kepada Konsesi Tol

Ekoran pemberian diskaun ini, kerajaan akan menanggung pampasan berjumlah RM20.08 juta kepada syarikat konsesi tol yang terlibat. Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan rakyat dapat menikmati manfaat tambahan pada musim perayaan.

Artikel Berkaitan:

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

Baca Juga  Boleh Balik kampung ke raya tahun ini