Pemasangan Kolar Satelit GPS pada Gajah di FGV Mengkarak 1, Triang, Pahang

Hantar dan Sebar

Artikel ini telah dibaca 303Kali!

Pada 13 Februari 2025, Unit Tangkapan Gajah (UTG) Negeri Pahang telah melaksanakan operasi pemasangan kolar satelit ke atas seekor gajah liar di kawasan ladang FGV Mengkarak 1, Triang, Pahang, yang bersempadan dengan Hutan Simpan Kemasul, Temerloh.

Langkah ini bertujuan untuk memantau pergerakan gajah daripada Kumpulan ID, memahami corak pergerakan mereka, laluan yang sering digunakan, serta kawasan habitat utama. Maklumat ini akan digunakan dalam penyelidikan dan perancangan strategi pengurusan gajah liar secara lebih efektif.

Pemasangan kolar satelit ini juga berfungsi sebagai sistem amaran awal yang membolehkan tindakan mitigasi konflik diambil dengan lebih pantas sekiranya gajah menghampiri kawasan berisiko seperti ladang atau penempatan penduduk.

Jabatan PERHILITAN komited dalam usaha konservasi gajah di Malaysia dan menggalakkan kerjasama semua pihak, termasuk pemilik ladang serta masyarakat setempat, dalam memastikan kelestarian hidupan liar serta mengurangkan konflik manusia-hidupan liar.

Artikel Berkaitan:


Hantar dan Sebar
Iklan dan Penafian

Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.

Sertai Sekarang!

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.

Baca Juga  [Video] Lori Tekan Hon Punca Gajah Grik-Jeli Pijak Vios
Scroll to Top