Artikel ini telah dibaca 980Kali!
“
Hakim menyatakan: “Ini adalah kes yang sangat menyedihkan dan terburuk di bawah Seksyen 302.”



36 Gigitan Di Pukul Kebuluran Berat Siti Hajar Hanya 18Kg
Tahun: 2016 | Lokasi: Batu 5, Binjai, Kemaman, Terengganu
Siti Hajar, gadis berusia 22 tahun, menemui ajal di tangan keluarga sendiri dalam satu kes penderaan kejam.
- 26 April 2016: Ayahnya, Anuar Yusof melaporkan kematian Siti Hajar akibat demam panas biasa.
- Polis dapati mayat mangsa penuh lebam dan kesan gigitan manusia, menyebabkan kes diklasifikasikan sebagai kes jenayah.
- Bedah siasat mengesahkan mangsa mengalami jangkitan kuman, kebuluran dan penderaan fizikal sebelum meninggal dunia.
- Berat badan Siti Hajar ketika meninggal dunia hanyalah 18 kilogram!
- 36 kesan gigitan manusia ditemui di seluruh badan termasuk bahagian sulit.
Siasatan & Pendakwaan Kejam: Penderaan Berbulan-bulan
- 1 Mei 2016: Ayah kandung, ibu tiri dan dua adik ditahan polis.
- Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).
- Sepanjang perbicaraan, forensik sahkan penderaan kejam selama 3 hingga 6 bulan.
- Seorang saksi menyatakan setiap kali adik-beradik mahu makan, mereka diarahkan memukul Siti Hajar terlebih dahulu.
- 28 Februari 2021: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Anuar Yusof (57) dan Murni Ahmad (42).
- Dua adik mangsa, Siti Sarah dan Amir Sharif dibebaskan selepas tidak didapati bersalah.
- Jenazah dikebumikan pada 30 April 2016 di Tanah Perkuburan Islam Kuala Kemaman.
11 Disember 2024 Mahkamah Putuskan Penjara 40 Tahun dan 12 Sebatan Ganti Gantung Sampai Mati
- Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman gantung kepada penjara maksimum 40 tahun terhadap Anuar dan Murni.
- Panel tiga hakim menyatakan bukti kukuh menunjukkan kematian akibat penderaan, kebuluran dan pengabaian oleh pasangan itu.
- Rayuan pendakwaan dibatalkan kerana notis gagal disampaikan.
- Peguam: Ghazali Ismail | Pendakwa: Norzilati Izhani Zainal
- Mahkamah turut arahkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan (26 April 2016).
- Hakim menyatakan: “Ini adalah kes yang sangat menyedihkan dan terburuk di bawah Seksyen 302.”
- Pindaan undang-undang membolehkan mahkamah menjatuhkan penjara 30–40 tahun + sekurang-kurangnya 12 sebatan kepada pesalah lelaki.
Iklan dan Penafian
Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.