Skip to content

[Video] Letupan Paip Gas Putra Heights: Laporan Penuh Siasatan

Artikel ini telah dibaca 401Kali!

Kelemahan Struktur Tanah Tidak Dapat Menyokong Getaran Paip Bertekanan Tinggi

Insiden letupan paip gas bertekanan tinggi di Putra Heights pada April 2025 mencetuskan kebimbangan awam. Siasatan menyeluruh oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mendedahkan punca utama berkait rapat dengan keadaan tanah yang lembik gagal menyerap getaran paip bertekanan tekanan tinggi..

⚙️ Punca Teknikal & Kegagalan Struktur

  • Paip gas bergetar akibat tekanan tinggi secara berterusan
  • Tanah lembut Terdapat Takungan Air Menyebabkan struktur dilokasi menjadi lembik gagal menyerap getaran paip dengan baik.
  • Ketiadaan struktur konkrit di bawah sambungan kimpalan paip menyebabkan paip melendut dan tempat sambungan kimpal  merekah.
  • Pergerakan berulang mencipta garis tekanan dan kebocoran
  • Kegagalan berlaku di bahagian bawah paip yang tidak disokong sepenuhnya oleh tanah

🔥 Rantaian Letupan & Kesan Kebakaran

Retakan pada paip menyebabkan gas bertekanan tinggi bocor. Geseran logam pada sambungan yang pecah menghasilkan haba tinggi, mencetuskan api dan letupan. Letupan ini menghasilkan api jingga terang, asap tebal, serta kesan gelombang kejutan di kawasan sekitar.

📋 Penemuan Laporan Siasatan JKKP

  • Paip memenuhi spesifikasi teknikal industri gas dan petroleum
  • Tanah bawah paip dikenal pasti sebagai faktor kegagalan utama — lembut, lembap dan tidak mampat
  • Analisis metalografi menunjukkan punca kegagalan adalah ‘tensile overload’ yang berkembang secara perlahan
  • Kerosakan jenis ductile menyebabkan pelepasan gas sebelum mencetus kebakaran
  • Tiada unsur khianat atau kecuaian dikenal pasti oleh pihak berkuasa
  • Siasatan dijalankan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Pindaan 2022) dan Akta Petroleum 1984
  • Siasatan turut melibatkan JMG, JKR, JBPM dan PDRM
Baca Juga  Elak Letupan Gas: Petua Praktikal Pengudaraan Kabinet Dapur

✅ Langkah Pencegahan & Cadangan Masa Hadapan

  • Pastikan semua sambungan kimpal paip dibina di atas struktur konkrit yang stabil
  • Laksanakan kajian geoteknikal menyeluruh sebelum pemasangan paip bawah tanah
  • Naik taraf sistem saliran di tapak paip bagi mengelakkan pengumpulan air bawah tanah
  • Gunakan sensor tekanan dan gegaran untuk pemantauan paip secara automatik
  • Laksana audit teknikal berkala oleh pihak bebas dan berkredibiliti
  • Sediakan garis panduan keselamatan tambahan untuk projek saluran paip di kawasan tanah lemah

Sumber laporan: Sidang media JKKP, 30 Jun 2025, di SUK Selangor.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.