Artikel ini telah dibaca 729Kali!



“Buli dalam kalangan pelajar bukan sekadar isu disiplin, tetapi cerminan tekanan dalaman yang mungkin berpunca daripada ketidakseimbangan hormon membawa kepada kecelaruan emosi yang tidak disedari.”
Kelenjar Thyroid Penting Menstabilkan Stres
Kebelakangan ini, pelbagai insiden buli membabitkan pelajar sekolah rendah, menengah serta kolej tular di media sosial. Terbaharu, video seorang murid SJKC dibuli rakan sekelas mencetuskan kebimbangan ramai. Kejadian-kejadian ini menuntut satu pendekatan menyeluruh merentas aspek pendidikan, kesihatan mental, dan fisiologi pelajar.
Pelbagai pihak tudung jari kepada pengurusan sekolah yang lemah terutama disiplin. Malangnya ramai tidak perasan kepentingan ilmu pemakanan sihat terutama di rumah. Hidangan makanan proses seperti mee segera, tepung gandum, pelbagai sos, burger hotdog sudah menunjukkan kesan buruk kepada kesihatan emosi kanak-kanak. Emosi dikawal oleh kesihatan Kelenjar Thyroid. Kecekapan Hormon kortisol, melatonin,seratonin bergantung kepada kesihatan Kelenjar Thyroid.
Insiden buli di SJKC pula. Ada keperluan meneliti pengurusan stres kanak kanak dari aspek kestabilan hormon thyroid. pic.twitter.com/ZpUcc0NpQ0
— Jazma Hamsi (@Jazma_Hamsi) August 2, 2025
- Makanan tinggi iodin: rumpai laut, ikan laut dalam, telur.
- Sumber selenium & zink: kacang Brazil, biji labu, makanan laut.
- Karbohidrat kompleks: nasi perang, ubi, oat, roti gandum penuh.
- Lemak baik: avokado, minyak zaitun, ikan berlemak.
- Sayur-sayuran berwarna: bayam, brokoli, lobak merah.
- Kurangkan snek berproses — gantikan dengan buah dan kekacang.
- Sediakan makanan bersama anak — mereka belajar membuat pilihan sihat.
- Jadual makan teratur — elak melangkau sarapan.
- Pastikan tidur cukup — bantu hormon melatonin bekerja dengan baik.
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.